Faktor-Faktor yang Mempengaruhi Pencapaian Pelajar dalam Kursus Matematik (SBM 10012) di Kolej Komuniti Bentong
Factors that Affect Student Achievement in Mathematics Course (SBM 10012) at Bentong Community College
Keywords:
Minat pelajar, sikap pelajar, pensyarah, pencapaian, Matematik, Students' interest, students' attitude, lecturer, achievement, MathematicsAbstract
Kajian ini dijalankan bagi mengenalpasti faktor-faktor yang mempengaruhi pencapaian pelajar dalam kursus Matematik (SBM 10012) dan meneliti hubungan antara minat pelajar, sikap pelajar dan faktor pensyarah dengan pencapaian pelajar dalam kursus tersebut di Kolej Komuniti Bentong. Kajian ini menggunakan pendekatan kuantitatif dengan menggunakan soal selidik berskala Likert (1-5) sebagai instrumen pengumpulan data. Populasi kajian ini adalah seramai 58 orang pelajar daripada program pengajian Sijil Teknologi Pembinaan Bangunan dan Sijil Teknologi Elektrik yang telah mengambil kursus Matematik (SBM 10012) pada sesi 1 2023/2024 dan sampel yang diambil adalah seramai 52 orang pelajar. Data yang diperolehi dianalisis menggunakan perisian IBM SPSS Statistics 27 melalui analisis statistik deskriptif dan korelasi Pearson bagi menjawab objektif kajian. Hasil kajian mendapati bahawa pelajar mempunyai minat (min = 3.51) dan sikap (min = 3.81) yang sederhana tinggi terhadap kursus Matematik, manakala faktor pensyarah adalah sangat tinggi (min = 4.31). Analisis korelasi Pearson menunjukkan bahawa terdapat hubungan yang sederhana dan signifikan antara minat (r = -0.322, p < 0.05) serta sikap pelajar (r = -0.392, p < 0.01) dengan pencapaian kursus Matematik. Walau bagaimanapun, faktor pensyarah tidak menunjukkan hubungan yang signifikan dengan pencapaian pelajar (r = -0.079, p > 0.05). Dapatan ini menunjukkan bahawa faktor minat dan faktor sikap memainkan peranan yang penting dalam pencapaian akademik, manakala faktor pensyarah sahaja tidak mencukupi untuk menjamin prestasi yang cemerlang. Kajian ini mencadangkan agar pendekatan pengajaran dan pembelajaran (PdP) memberi tumpuan kepada pemantapan sikap dan motivasi pelajar ke arah pembelajaran kendiri yang lebih berkesan.
This study was conducted to identify the factors that influence students’ achievement in the Mathematics course (SBM 10012) and to examine the relationship between students’ interest, students’ attitude, and lecturer-related factors with students’ achievement in the course at Kolej Komuniti Bentong. The study employed a quantitative approach using a Likert-scale (1–5) questionnaire as the data collection instrument. The population of this study consisted of 58 students from the Certificate in Building Construction Technology and the Certificate in Electrical Technology programs who had taken the Mathematics course (SBM 10012) in the 2023/2024 Session 1, while the sample consisted of 52 students. The data obtained were analyzed using IBM SPSS Statistics 27 through descriptive statistical analysis and Pearson correlation analysis to address the study objectives. The findings revealed that students had a moderately high level of interest (mean = 3.51) and attitude (mean = 3.81) toward the mathematics course, while the lecturer factor was very high (mean = 4.31). Pearson correlation analysis showed that there was a moderate and significant relationship between students’ interest (r = -0.322, p < 0.05) and students’ attitude (r = -0.392, p < 0.01) with their achievement in the mathematics course. However, the lecturer factor did not show a significant relationship with students’ achievement (r = -0.079, p > 0.05). These findings indicate that interest and attitude factors play an important role in academic achievement, whereas lecturer factors alone are insufficient to ensure excellent performance. The study suggests that teaching and learning (T&L) approaches should focus on strengthening students’ attitudes and motivation toward more effective self-directed learning.








