Keperluan dan Cabaran Kesediaan Guru dalam Penggunaan Kecerdasan Buatan dalam Pendidikan di Sekolah-Sekolah Luar Bandar
Needs and Challenges of Teacher Readiness in the Use of Artificial Intelligence in Education in Rural Schools
Keywords:
Guru, kesediaan, kecerdasan buatan, pendidikan, sekolah luar bandarAbstract
Kajian ini bertujuan untuk meninjau kesediaan guru dalam penggunaan Kecerdasan Buatan Pendidikan (AIEd) di sekolah-sekolah luar bandar berdasarkan kajian-kajian lepas. Berdasarkan latar belakang tersebut, kertas konsep ini bertujuan untuk mengetahui penerimaan, kesediaan, pengetahuan, pelaksanaan AIEd di peringkat sekolah luar bandar berdasarkan tinjauan literatur dari kajian atau amalan yang lepas. Objektif kajian ini adalah berdasarkan keperluan dan cabaran kesediaan guru terhadap penggunaan AIEd di dalam pengajaran dan pembelajaran di bilik darjah serta tugas sebagai seorang guru. Antara teori dan model yang telah digunakan sebagai panduan kertas konsep ini ialah teori penyebaran inovasi, teori maslow, dan model TAM (Technology Acceptance Modal). Kerangka konseptual juga telah dibina untuk menerangkan rangka kajian yang dicadangkan berdasarkan keperluan kendiri guru dan cabaran-cabaran utama yang dihadapi oleh guru yang berada sekolah luar bandar.
This study aims to review the readiness of teachers in the use of Artificial Intelligence in Education (AIEd) in rural schools based on past studies. Based on this background, this concept paper aims to find out the acceptance, readiness, knowledge, implementation of AIEd at the rural school level based on a literature review from past studies or practices. The objective of this study is based on the needs and challenges of teachers’ readiness for the use of AIEd in teaching and learning in the classroom as well as their duties as a teacher. Among the theories and models that have been used to guide this concept paper are the theory of diffusion of innovation, Maslow’s theory, and the TAM (Technology Acceptance Modal) model. A conceptual framework has also been built to explain the proposed research framework based on the teachers’ own needs and the main challenges faced by teachers in rural schools.
