Penggunaan BBM WOL Kit dalam Pembelajaran Matematik Tingkatan 3 Topik Garis Lurus
The Use of WOL Kit Teaching Aid in Form 3 Mathematics Learning on the Topic of Straight Line
DOI:
https://doi.org/10.37934/sijste.6.1.3845Keywords:
WOL Kit, bahan bantu mengajar (BBM), garis lurus, pembelajaran dan pemudahcaraan (PdPc), teaching aids (BBM), straight line, teaching and learning process (PdPc)Abstract
Kajian ini bertujuan untuk meningkatkan penguasaan untuk menjawab soalan Matematik dalam tajuk Garis Lurus. Seramai 5 orang murid dari kelas 3 Mozart terlibat dalam kajian ini. Tinjauan awal telah dilaksanakan melalui semakan kerja murid, ujian pra, temubual dan pemerhatian. Hasil tinjauan menunjukkan murid-murid tidak dapat menyelesaikan soalan garis lurus. Selain daripada itu, murid-murid juga tidak dapat mengaplikasi rumus mencari kecerunan, m. Dengan menggunakan Bahan Bantu Mengajar WOL Kit ini telah dapat mengatasi isu yang dikenalpasti memandangkan soalan ini merupakan soalan wajib dikemukakan setiap tahun dalam SPM dan dalam silibus Kurikulum Standard Sekolah Menengah (KSSM), topik ini diajar semasa tingkatan 2 dan tingkatan 3. WOL Kit merupakan singkatan bagi W- Wheel, O- of dan L- Line. Murid menjana idea secara kendiri dan pembelajaran secara interaktif memenuhi kriteria PAK-21. Kelebihan WOL Kit memudahkan pembelajaran dan pemudahcaraan (PdPc) guru dalam kelas untuk mengajar topik garis lurus dengan lebih cepat dan berkesan. Ujian Pos menunjukkan kesemua murid telah menunjukkan peningkatan markah. Markah min telah meningkat daripada 60% (Ujian Pra) kepada 89% (Ujian Pos). Ini menunjukkan peningkatan min markah bagi 5 orang murid sebanyak 29%. Penggunaan bahan bantu mengajar telah membantu murid mengingati semua konsep yang terlibat dalam topik Garis Lurus dan seterusnya menyelesaikan soalan peperiksaan SPM berkaitan garis lurus dengan lebih mudah dan cepat. Guru dapat mempelbagaikan strategi pengajaran di dalam kelas dan meningkatkan mutu pengajaran guru Matematik.
This study aims to improve students' mastery in answering Mathematics questions on the topic of Straight Lines. A total of five students from the 3 Mozart class participated in this study. A preliminary survey was conducted through students’ work reviews, a pre-test, interviews, and classroom observations. The findings indicated that students were unable to solve questions related to straight lines. Besides, the students had difficulty in applying the formula to calculate the gradient, m. To address these issues, a teaching aid known as the WOL Kit was implemented. This is particularly relevant as straight line questions are a compulsory component in the SPM examination and are included in the Form 2 and Form 3 syllabus under the Kurikulum Standard Sekolah Menengah (KSSM). The term WOL Kit stands for W – Wheel, O – of, L – Line. This tool encourages students to generate ideas independently and promotes interactive learning that aligns with the 21st Century Learning (PAK-21) criteria. The WOL Kit offers advantages by simplifying the teaching and learning process (PdPc), enabling teachers to deliver the straight line topic more efficiently and effectively. Post-test results showed that all students improved in their scores, with the average score increasing from 60% (Pre-Test) to 89% (Post-Test), reflecting a 29% improvement. The use of this teaching aid helped students better retain key concepts related to the straight line topic and solve related SPM examination questions more easily and quickly. Additionally, it enables teachers to diversify their teaching strategies and enhances the quality of Mathematics instruction.
