Penggunaan Bahan Bantu Mengajar Grafik Gerakan bagi Meningkatkan Minat Murid Berkeperluan Pendidikan Khas (MBPK)
The Use of Motion Graphics Teaching Aids to Enhance the Interest of Students with Special Educational Needs (MBPK)
DOI:
https://doi.org/10.37934/sijste.6.1.1929Keywords:
Grafik gerak, bahan bantu mengajar, pendidikan khas, MBPK, integrasi ICT, Motion graphics, teaching aids, special education, ICT integrationAbstract
Dalam era globalisasi, Teknologi Maklumat dan Komunikasi (ICT) berkembang pesat seiring dengan kemajuan dalam bidang pendidikan. Perkembangan ini memberi impak besar terhadap proses pembelajaran, terutamanya bagi Murid Berkeperluan Pendidikan Khas (MBPK). Namun, ramai guru masih bergantung kepada kaedah pengajaran konvensional dan jarang mengintegrasikan bahan bantu mengajar (BBM) grafik gerakan dalam pengajaran mereka. Kajian ini bertujuan untuk meneroka amalan pengajaran guru dalam penggunaan BBM grafik gerakan bagi meningkatkan minat MBPK, meneliti minat guru terhadap integrasi BBM grafik gerakan, serta mengkaji keberkesanannya dalam meningkatkan pencapaian akademik dan kemahiran MBPK. Kajian ini menggunakan pendekatan kualitatif dengan melibatkan temu bual berstruktur dan pemerhatian terhadap tiga orang guru pendidikan khas di negeri Perlis. Data dianalisis menggunakan perisian Atlas.ti versi 9. Dapatan kajian menunjukkan ketiga-tiga guru yang terlibat mempunyai minat yang tinggi dalam penggunaan BBM grafik gerakan dan mendapati ia berkesan dalam meningkatkan minat MBPK. Kajian ini memberi implikasi terhadap amalan pengajaran guru, pengalaman pembelajaran MBPK, serta pentadbiran sekolah. Oleh itu, kajian ini mencadangkan latihan intensif untuk guru dan penyediaan infrastruktur teknologi yang lebih baik bagi memaksimumkan potensi BBM grafik gerakan dalam pendidikan khas. Dapatan ini diharapkan dapat meningkatkan kualiti pengajaran guru dan memupuk minat MBPK dalam proses pembelajaran.
In the era of globalization, Information and Communication Technology (ICT) has rapidly evolved alongside advancements in education. This transformation significantly impacts the learning process, particularly for students with special educational needs (Murid Berkeperluan Pendidikan Khas, MBPK). However, many teachers still rely on conventional teaching methods and rarely integrate motion graphics teaching aids (Bahan Bantu Mengajar, BBM) in their instructional practices. This study explores teachers’ teaching practices in using motion graphics BBM to enhance MBPK’s interest, examines teachers’ enthusiasm for integrating motion graphics BBM, and investigates its effectiveness in improving MBPK’s academic performance and skills. A qualitative research approach was employed, involving structured interviews and observations with three special education teachers in Perlis. Data were analyzed using Atlas.ti version 9. Findings indicate that all three teachers demonstrated a high level of interest in utilizing motion graphics BBM and found it effective in increasing MBPK’s engagement. The study has implications for teaching practices, MBPK learning experiences, and school administration. It suggests intensive training for teachers and improved technological infrastructure to maximize the potential of motion graphics BBM in special education. These findings contribute to enhancing the quality of teaching and fostering MBPK’s interest in the learning process.
