Keberkesanan Penggunaan Multimedia dalam Pengajaran Subjek Sains untuk Murid Masalah Pembelajaran

The Effectiveness of using Multimedia in Teaching Science Subjects for Students with Learning Disabilities

Authors

  • Siew Ching Ling Fakulti Pembangunan Manusia, Universiti Pendidikan Sultan Idris, 35900, Tanjong Malim, Malaysia
  • Vestly Liang Soon Kong Fakulti Pembangunan Manusia, Universiti Pendidikan Sultan Idris, 35900, Tanjong Malim, Malaysia
  • Suresh Kumar Kuppusamy Fakulti Pembangunan Manusia, Universiti Pendidikan Sultan Idris, 35900, Tanjong Malim, Malaysia

DOI:

https://doi.org/10.37934/sijste.6.1.110

Keywords:

Keberkesanan, multimedia, sains, murid masalah pembelajaran, Effectiveness, science, students with learning disabilities

Abstract

Multimedia adalah bentuk pengajaran serba boleh dan dinamik yang menggabungkan pelbagai elemen media digital seperti teks, imej, audio, video dan komponen interaktif untuk mewujudkan pengalaman pembelajaran yang menarik. Penggunaan multimedia dalam subjek sains untuk murid masalah pembelajaran didorong oleh keperluan kritikal untuk kaedah pengajaran yang lebih inklusif dan berkesan. Walau bagaimanapun, guru sering menghadapi kekangan dalam menggunakan multimedia disebabkan kekurangan kemahiran dan latihan. Kajian ini mengkaji keberkesanan penggunaan multimedia dalam pengajaran subjek sains kepada murid masalah pembelajaran. Objektif kajian adalah mengkaji elemen dalam penghasilan multimedia yang digunakan bagi pengajaran subjek sains untuk murid masalah pembelajaran, meneroka keberkesanan penggunaan multimedia dalam pengajaran mengajar subjek sains untuk murid masalah pembelajaran, mengkaji kekangan yang dihadapi ketika mengajar subjek sains untuk murid masalah pembelajaran. Metodologi kajian ini menggunakan pendekatan kualitatif yang terdiri daripada temu bual separa berstruktur dan borang pemerhatian yang melibatkan tiga orang responden iaitu guru pendidikan khas subjek sains. Dapatan kajian ini mendapati bahawa penggunaan multimedia dalam pengajaran subjek sains untuk murid masalah pembelajaran menunjukkan kesan yang positif. Penggunaan multimedia dapat menarik minat dan meningkatkan tumpuan murid dalam sesi PdP.

Multimedia is a versatile and dynamic teaching approach that integrates various digital media elements such as text, images, audio, video, and interactive components to create an engaging learning experience. The use of multimedia in teaching science to students with learning difficulties is driven by the critical need for more inclusive and effective teaching methods. However, teachers often face challenges in utilizing multimedia due to a lack of skills and training. This study examines the effectiveness of multimedia in teaching science to students with learning difficulties. The objectives of this study are to analyze the elements involved in multimedia production for science instruction, explore the effectiveness of multimedia in teaching science to students with learning difficulties, and examine the challenges faced by teachers when teaching science to these students. The research employs a qualitative approach, incorporating semi-structured interviews and observation forms involving three respondents, namely Special Education Science teachers. The findings indicate that the use of multimedia in teaching science to students with learning difficulties has a positive impact. Multimedia enhances students' interest and improves their focus during learning sessions.

Author Biographies

Siew Ching Ling, Fakulti Pembangunan Manusia, Universiti Pendidikan Sultan Idris, 35900, Tanjong Malim, Malaysia

cheryling00@gmail.com

Vestly Liang Soon Kong, Fakulti Pembangunan Manusia, Universiti Pendidikan Sultan Idris, 35900, Tanjong Malim, Malaysia

vestly@fpm.upsi.edu.my

Suresh Kumar Kuppusamy, Fakulti Pembangunan Manusia, Universiti Pendidikan Sultan Idris, 35900, Tanjong Malim, Malaysia

Sureshkumar820707@gmail.com

Downloads

Published

2025-06-30

How to Cite

Ling, S. C., Kong, V. L. S., & Kuppusamy, S. K. (2025). Keberkesanan Penggunaan Multimedia dalam Pengajaran Subjek Sains untuk Murid Masalah Pembelajaran: The Effectiveness of using Multimedia in Teaching Science Subjects for Students with Learning Disabilities. Semarak International Journal of STEM Education, 6(1), 1–10. https://doi.org/10.37934/sijste.6.1.110

Issue

Section

Articles