Penggunaan dan Kekangan Bahan Multimedia dalam Pengajaran untuk Murid Lembam oleh Guru Pelatih Pendidikan Khas

The Use and Constraints of Multimedia Materials in Teaching for Slow Learners by Special Education Trainee Teachers

Authors

  • Siti Amelia Omar Jabatan Pendidikan Khas, Fakulti Pembangunan Manusia, Universiti Pendidikan 81310, Tanjung Malim, Perak, Malaysia
  • Nur Liyana Yahya Jabatan Pendidikan Khas, Fakulti Pembangunan Manusia, Universiti Pendidikan 81310, Tanjung Malim, Perak, Malaysia
  • Noor Fhakurulzee Abd Talib Jabatan Pendidikan Khas, Fakulti Pembangunan Manusia, Universiti Pendidikan 81310, Tanjung Malim, Perak, Malaysia
  • Vestly Liang Soon Kong Jabatan Pendidikan Khas, Fakulti Pembangunan Manusia, Universiti Pendidikan 81310, Tanjung Malim, Perak, Malaysia

DOI:

https://doi.org/10.37934/sijste.6.1.3037

Keywords:

Murid lembam, kekangan, bahan multimedia, guru pelatih, sesi pengajaran, Slow learner, constraints, multimedia material, trainee teacher, teaching session

Abstract

Multimedia adalah kombinasi berbagai jenis media seperti teks, gambar, audio, video, animasi, dan interaktiviti yang digunakan untuk menyampaikan informasi atau hiburan. Kajian ini bertujuan untuk mengenal pasti tahap penggunaan bahan multimedia dalam pengajaran untuk murid lembam dalam kalangan guru pelatih pendidikan khas dan kekangan yang dihadapi semasa menggunakan bahan multimedia dalam sesi pengajaran. Kajian ini berfokus kepada tahap penggunaan bahan multimedia dalam pengajaran bagi murid lembam dalam kalangan guru pelatih pendidikan khas dan kekangan yang dihadapi. Murid lembam atau juga dikenali sebagai slow learner didapati sukar untuk mengikuti proses pengajaran dan pembelajaran kerana murid lembam memerlukan masa yang panjang walaupun untuk mencapai sesuatu objektif pembelajaran yang mudah Kajian ini bertujuan untuk menentukan tahap penggunaan bahan multimedia dalam pengajaran untuk lembam dalam kalangan guru pelatih pendidikan khas dan mengenal pasti kekangan yang dihadapi guru pelatih pendidikan khas menggunakan bahan multimedia dalam pengajaran untuk murid lembam. Reka bentuk kajian ini menggunakan pendekatan kuantitatif. Dapatan kajian dianalisis dengan menggunakan perisian SPSS versi 29. Kajian ini melibatkan 64 orang responden yang merupakan guru pelatih pendidikan khas yang telah menjalankan latihan mengajar di sekolah. Hasil analisis kajian bagi tahap penggunaan bahan multimedia dalam kalangan guru pelatih pendidikan khas untuk sesi pengajaran murid lembam menunjukkan nilai (M=3.48, SP=0.497) dan berada pada tahap yang tinggi. Manakala keseluruhan nilai min bagi konstruk kekangan yang dihadapi oleh guru pelatih pendidikan khas dalam menggunakan bahan multimedia adalah (M=2.29, SP=0.627) dan berada pada tahap yang rendah. Hasil kajian ini menunjukkan bahawa penguasaan penggunaan bahan multimedia adalah tinggi sekaligus menunjukkan kekangan penggunaan bahan multimedia semasa sesi pengajaran adalah rendah. Secara tuntasnya, guru pelatih pendidikan khas perlu menguasai penggunaan bahan multimedia dalam pengajaran bersama murid lembam apabila berkhidmat kelak.

Multimedia is a combination of various types of media such as text, images, audio, video, animation, and interactivity used to convey information or entertainment. This study aims to identify the level of multimedia material usage in teaching for slow learners among special education trainee teachers and the constraints faced when using multimedia materials in teaching sessions. This study focuses on the level of multimedia material usage in teaching for slow learners among special education trainee teachers and the constraints faced. Slow learners are found to have difficulty following the teaching and learning process because they require a longer time even to achieve simple learning objectives. This study aims to determine the level of multimedia material usage in teaching for slow learners among special education trainee teachers and to identify the constraints faced by special education trainee teachers use multimedia materials in teaching for slow learners. This study design employs a quantitative approach. The study findings were analysed using SPSS version 29. This study involved 64 respondents who are special education trainee teachers who have undergone teaching practice in schools. The results of the study regarding the level of multimedia material usage among special education trainee teachers for teaching sessions for slow learners showed a value of (M=3.48, SP=0.497) and is at a high level. Meanwhile, the overall mean value for the constraints faced by special education trainee teachers in using multimedia materials is (M=2.29, SP=0.627) and is at a low level. The results of this study indicate that the mastery of multimedia material usage is high, thus showing that the mastery of multimedia material usage is high, thus showing that the constraints in using multimedia materials during teaching sessions are low. In conclusion, special education trainee teachers need to master the use of multimedia materials in teaching with slow learners when serving later.

Author Biographies

Siti Amelia Omar, Jabatan Pendidikan Khas, Fakulti Pembangunan Manusia, Universiti Pendidikan 81310, Tanjung Malim, Perak, Malaysia

sitiameliaomar@gmail.com

Nur Liyana Yahya, Jabatan Pendidikan Khas, Fakulti Pembangunan Manusia, Universiti Pendidikan 81310, Tanjung Malim, Perak, Malaysia

liyanay5028@gmail.com

Noor Fhakurulzee Abd Talib, Jabatan Pendidikan Khas, Fakulti Pembangunan Manusia, Universiti Pendidikan 81310, Tanjung Malim, Perak, Malaysia

noorfhakurulzee@gmail.com.my

Vestly Liang Soon Kong, Jabatan Pendidikan Khas, Fakulti Pembangunan Manusia, Universiti Pendidikan 81310, Tanjung Malim, Perak, Malaysia

vestly@fpm.upsi.edu.my

Downloads

Published

2025-06-30

How to Cite

Omar, S. A., Yahya, N. L., Abd Talib, N. F., & Kong, V. L. S. (2025). Penggunaan dan Kekangan Bahan Multimedia dalam Pengajaran untuk Murid Lembam oleh Guru Pelatih Pendidikan Khas: The Use and Constraints of Multimedia Materials in Teaching for Slow Learners by Special Education Trainee Teachers. Semarak International Journal of STEM Education, 6(1), 30–37. https://doi.org/10.37934/sijste.6.1.3037

Issue

Section

Articles