Analisis Kualitatif Teknologi Media dalam Pembelajaran Tahfiz di Malaysia
Qualitative Analysis of Media Technology in Tahfiz Learning in Malaysia
Keywords:
Pembelajaran tahfiz, teknologi media, pembelajaran digital, kualitatif, hafazan al-Quran, Malaysia, Tahfiz learning, media technology, digital learning, qualitative, Quran memorizationAbstract
Artikel ini bertujuan untuk menilai secara kritis keberkesanan teknologi media dalam ekosistem pembelajaran tahfiz di Malaysia, khususnya dalam konteks perdebatan antara inovasi digital dan pemeliharaan kaedah pedagogi tradisional. Dengan menggunakan metodologi kualitatif yang berasaskan analisis kepustakaan secara menyeluruh, kajian ini mensintesis dan menganalisis data daripada pelbagai sumber akademik, laporan dasar, dan penerbitan ilmiah. Dapatan utama menunjukkan bahawa teknologi media merangkumi aplikasi mudah alih, platform e-pembelajaran, dan gamifikasi menawarkan potensi yang signifikan untuk meningkatkan motivasi, fleksibiliti, dan kecekapan proses hafazan al-Quran. Walau bagaimanapun, keberkesanan sebenar inovasi ini sering terhalang oleh cabaran-cabaran sistemik yang kritikal. Antara cabaran utama yang dikenal pasti termasuklah jurang digital dan keterbatasan infrastruktur, tahap kesediaan dan kompetensi pedagogi digital guru yang masih sederhana, serta risiko penghakisan integriti kaedah teras talaqqi musyafahah akibat kebergantungan berlebihan kepada aplikasi. Dapatan menunjukkan bahawa teknologi media seperti aplikasi mudah alih, e-pembelajaran dan gamifikasi berpotensi meningkatkan motivasi dan fleksibiliti hafazan, namun keberkesanannya dibatasi oleh jurang digital, kompetensi pedagogi digital guru yang tidak seimbang, serta risiko penghakisan kaedah talaqqi musyafahah. Kajian ini menyumbang kepada wacana pendidikan tahfiz dengan mengemukakan kerangka konseptual pembelajaran teradun yang menyeimbangkan inovasi teknologi dan keutuhan tradisi pedagogi Islam.
This article critically examines the effectiveness of media technology within the tahfiz learning ecosystem in Malaysia, focusing on the tension between digital innovation and the preservation of traditional Islamic pedagogical practices. Adopting a qualitative research design based on a comprehensive literature review, the study synthesises evidence from academic publications, policy documents, and relevant scholarly reports. The findings reveal that media technologies such as mobile applications, e-learning platforms, and gamification offer considerable potential to enhance learners’ motivation, flexibility, and the efficiency of the Qur’anic memorisation process. Nevertheless, the study identifies several critical systemic challenges that limit the actual effectiveness of these technologies. These include the persistent digital divide and infrastructural constraints, uneven levels of teachers’ digital pedagogical competence, and the risk of undermining the integrity of the core talaqqi musyāfahah method due to excessive reliance on technological tools. The analysis suggests that technology, while beneficial, is not pedagogically neutral and must be guided by a clear educational framework This study contributes to the discourse on tahfiz education by proposing a blended learning conceptual framework that integrates technological innovation as a supportive tool while preserving the central role of traditional Islamic pedagogical principles.








