Pelaksanaan Pendidikan Inklusif dalam Aktiviti Kokurikulum di Sekolah Rendah Daerah Belaga, Sarawak
Implementation of Inclusive Education in Extracurricular Activities in Belaga District Primary School, Sarawak
DOI:
https://doi.org/10.37934/sijile.2.1.4655aKeywords:
pendidikan inklusif, guru arus perdana, mengajar, pengalaman, pelaksanaan, pengubahsuaian, fasiliti, kerjasama, ko-kurikulum, inclusive education, mainstream teacher, teach, experience, implementation, modification, facilities, cooperation, co-curriculumAbstract
Pendidikan Inklusif merupakan sebuah pendidikan yang berteraskan konsep pendidikan untuk semua khasnya untuk murid berkeperluan pendidikan khas termasuklah dalam aktiviti kokurikulum. Kajian ini dijalankan untuk meneroka pelaksanaan Pendidikan Inklusif dalam aktiviti kokurikulum di kawasan sekolah rendah daerah pedalaman negeri Sarawak. Kajian ini dijalankan bagi meneroka pelaksanaan Pendidikan Inklusif dalam aktiviti kokurikulum di kawasan luar bandar. Kajian kualitatif ini menggunakan reka bentuk kajian kes dijalankan di sebuah sekolah yang memiliki populasi kajian seramai 19 orang murid dan sampel kajian terdiri daripada tiga orang responden iaitu guru aliran perdana yang terlibat dalam pendidikan inklusif dalam aktiviti kokurikulum ini. Data kualitatif kajian ini diperoleh melalui hasil temu bual tidak berstruktur dan hasil dapatan data pemerhatian senarai semak. Hasil temu bual dan pemerhatian mendapati kesemua responden memahami erti Pendidikan Inklusif dan setiap responden memiliki pengalaman mengajar kelas inklusif dalam aktiviti kokurikulum ini. Rata -rata responden juga menggunakan kaedah pengajaran belajar sambil bermain dalam aktiviti kokurikulum dan menggunakan beberapa jenis strategi pengajaran seperti belajar sambil bermain. Responden didapati melakukan pengubahsuaian seperti merancang pelaksanaan aktiviti semasa kokurikulum sebelum aktiviti kokurikulum bermula dan hanya menerapkan kaedah pengulangan kepada murid berkeperluan khas. Data temu bual juga menunjukkan kesemua responden menyatakan kelengkapan sukan masih lagi kurang dan fasiliti masih dalam keadaan yang belum memuaskan. Kesemua responden juga mempunyai hubungan dan kerjasama baik dengan warga sekolah. Diharapkan kajian ini boleh memberi manfaat dan rujukan kepada pembaca dan pengkaji.