Penerimaan Ibu Bapa Terhadap Program Pendidikan Inklusif di Sekolah Rendah Daerah Sibu

Parents' Acceptance of Inclusive Education Program in Sibu District Primary School

Authors

  • Vestly Kong Liang Jabatan Pendidikan Khas, Fakulti Pembangunan Manusia, Universiti Pendidikan Sultan Idris Malaysia, 81310, Tanjung Malim, Perak, Malaysia
  • Jacques Tadong Jabatan Pendidikan Khas, Fakulti Pembangunan Manusia, Universiti Pendidikan Sultan Idris Malaysia, 81310, Tanjung Malim, Perak, Malaysia

DOI:

https://doi.org/10.37934/sijile.2.1.3645a

Keywords:

Special education needs, acceptance, attitudes, knowledge, inclusive education program

Abstract

Program Pendidikan Inklusif (PI) merupakan satu program yang melibatkan murid berkeperluan pendidikan khas (MBPK) belajar bersama murid aliran perdana. Kajian ini dijalankan bertujuan untuk meneroka tahap penerimaan ibu bapa MBPK terhadap PI. Kajian ini dijalankan di sebuah sekolah rendah di daerah Sibu. Objektif adalah untuk mengenal pasti tahap pengetahuan dan sikap ibu bapa MBPK terhadap PI. Pendekatan kualitatif dengan reka bentuk kajian kes digunakan dalam kajian ini dengan bertunjangkan Teori Pembelajaran Sosial yang diterajui oleh Albert Bandura. Pemilihan peserta kajian adalah berdasarkan kaedah bersampelan bertujuan. Peserta kajian terdiri daripada dua orang responden yang merupakan penjaga utama kepada murid berkeperluan khas yang mengikuti Program Pendidikan Inklusif di sebuah sekolah daerah Sibu. Temu bual, pemerhatian menerusi penulisan nota lapangan dan analisis dokumen dipilih sebagai instrumen kajian dan seterusnya dapatan kajian telah dihuraikan secara deskriptif. Dapatan kajian menunjukkan bahawa penerimaan ibu bapa MBPK dari aspek pengetahuan dan sikap terhadap pelaksanaan PI adalah pada tahap yang sederhana tinggi. Pengkaji mendapati bahawa terdapat banyak persamaan antara responden terutamanya dalam aspek pengetahuan dan sikap mereka sebagai ibu bapa walaupun terdapat perbezaan daripada latar belakang. Beberapa cadangan telah dikemukakan kepada pihak Kementerian Pendidikan Malaysia dan pentadbir sekolah bagi mengatasi permasalahan yang timbul dan mengelakkan impak negatif terhadap pelaksanaan PI di sekolah. Terdapat juga beberapa cadangan kajian lanjutan untuk pengkaji yang ingin menjalankan kajian ini pada masa hadapan. Pihak yang berkaitan perlu mengambil serius dapatan kajian ini agar PI dapat berjalan dengan lancar terutamanya di daerah Sibu serta mampu melahirkan MBPK yang boleh menyumbang kepada pembangunan negara.

Author Biographies

Vestly Kong Liang, Jabatan Pendidikan Khas, Fakulti Pembangunan Manusia, Universiti Pendidikan Sultan Idris Malaysia, 81310, Tanjung Malim, Perak, Malaysia

vestly@fpm.upsi.edu.my

Jacques Tadong , Jabatan Pendidikan Khas, Fakulti Pembangunan Manusia, Universiti Pendidikan Sultan Idris Malaysia, 81310, Tanjung Malim, Perak, Malaysia

jacquestadong@gmail.com

Downloads

Published

2025-04-28

Issue

Section

Articles