Pengaruh Psikologi Kerohanian dalam Memupuk Minat dan Motivasi terhadap Pembelajaran Bahasa Arab: Kajian Konseptual dalam Kalangan Guru Pelatih IPG Kampus Perempuan Melayu Melaka
The Influence of Spiritual Psychology in Cultivating Interest and Motivation in Learning Arabic: A Conceptual Study Among Trainee Teachers of the Malay Women's Campus of IPG, Melaka
Keywords:
Psikologi kerohanian, minat, motivasi, pembelajaran bahasa Arab, guru pelatih IPGKPM, Spiritual psychology, interest, motivation, learning Arabic, IPGKPM trainee teacherAbstract
Psikologi kerohanian merupakan salah satu elemen penting dalam membentuk kesejahteraan emosi dan meningkatkan motivasi intrinsik individu. Walau bagaimanapun, peranan psikologi kerohanian terhadap minat dan motivasi dalam pembelajaran bahasa Arab masih kurang diterokai secara mendalam dalam penyelidikan. Sehubungan itu, kajian ini dijalankan bagi mengenal pasti konsep psikologi kerohanian dalam konteks pembelajaran bahasa Arab serta menganalisis pengaruhnya terhadap minat dan motivasi pelajar. Kajian ini menggunakan pendekatan kualitatif dengan kaedah analisis dokumen dan temu bual separa berstruktur. Seramai lima orang guru pelatih opsyen Pendidikan Islam di IPGK PM telah dipilih sebagai responden melalui persampelan bertujuan. Data yang diperoleh dianalisis menggunakan teknik analisis tematik seperti yang disarankan oleh Creswell (2018), melibatkan proses pengkodan terbuka, pengkategorian, dan pembentukan tema. Dapatan kajian mengenal pasti empat tema utama, iaitu: (i) kesedaran kerohanian sebagai dorongan intrinsik; (ii) hubungan dengan Allah meningkatkan kesungguhan; (iii) nilai rohani meningkatkan minat dan komitmen; dan (iv) integrasi kerohanian dalam pengajaran meningkatkan motivasi. Kesemua tema ini menunjukkan bahawa dimensi psikologi kerohanian berperanan penting dalam memupuk minat dan meningkatkan motivasi pelajar terhadap pembelajaran bahasa Arab. Kajian ini diharapkan dapat menjadi rujukan kepada pendidik dan penyelidik dalam merangka intervensi pedagogi bahasa Arab yang holistik serta menyokong aspirasi Falsafah Pendidikan Kebangsaan.
Spiritual psychology is one of the important elements in shaping emotional well-being and increasing individual intrinsic motivation. However, the role of spiritual psychology on interest and motivation in Arabic language learning is still not explored in depth in research. Accordingly, this study was conducted to identify the concept of spiritual psychology in the context of Arabic language learning and analyze its influence on students' interest and motivation. This study used a qualitative approach with document analysis and semi-structured interviews. A total of five Islamic Education option trainee teachers at IPGK PM were selected as respondents through purposive sampling. The data obtained were analyzed using thematic analysis techniques as recommended by Creswell (2018), involving the process of open coding, categorization, and theme formation. The study findings identified four main themes, namely: (i) spiritual awareness as an intrinsic drive; (ii) relationship with Allah increases determination; (iii) spiritual values increase interest and commitment; and (iv) integration of spirituality in teaching increases motivation. All these themes show that the psychological dimension of spirituality plays an important role in fostering interest and increasing students' motivation towards learning Arabic. It is hoped that this study can serve as a reference for educators and researchers in designing holistic Arabic language pedagogical interventions and supporting the aspirations of the National Education Philosophy.