Integrasi Epistemologi Islam dan Prinsip Sains Konvensional: Memperkasa Etika dan Kualiti Penyelidikan Kontemporari
DOI:
https://doi.org/10.37934/sijisc.7.1.1926Keywords:
Epistemologi Islam, sains konvensional, pendekatan bersepadu, tauhid, nilai IslamAbstract
Penyelidikan dari perspektif Islam menegaskan kepentingan kesepaduan antara wahyu dan akal sebagai sumber ilmu, dengan mengekalkan nilai tauhid serta prinsip etika Islam dalam semua tahap proses penyelidikan. Melalui pendekatan bersepadu, kajian ini bertujuan untuk meneliti secara kritis literatur yang berkaitan dengan epistemologi Islam dan sains konvensional, serta menekankan prinsip etika penyelidikan berlandaskan maqasid al-Shariah bagi memperkukuh kualiti serta mempertingkatkan impak penyelidikan dalam konteks kontemporari. Pendekatan metodologi kajian ini adalah melalui ulasan literatur sistematik yang mengintegrasikan dapatan daripada kajian-kajian semasa mengenai epistemologi Islam dan pendekatan sains konvensional. Dapatan kajian menunjukkan bahawa integrasi ini mampu memperkukuh kesahihan ilmu, mengekalkan nilai moral, dan menyokong pembangunan penyelidikan yang beretika dan berimpak tinggi. Kajian ini menyimpulkan bahawa pendekatan bersepadu berteraskan tauhid dan nilai Islam adalah relevan dan diperlukan bagi membentuk penyelidikan yang holistik dan berdaya saing di peringkat global.
