Corak Aktiviti Temporal Mamalia di Landskap Ladang Sawit Berbeza di Semenanjung Malaysia
Keywords:
Aktiviti diel, pertanian, penampanAbstract
Penanaman kelapa sawit di Semenanjung Malaysia telah mengubah mozek hutan–pertanian, sekali gus menimbulkan persoalan tentang cara mamalia menyesuaikan corak aktiviti harian mereka dalam landskap yang didominasi manusia. Kajian ini menggunakan perangkap kamera bagi menilai aktiviti diel dan pertindihan temporal (Δ) mamalia terrestrial, merentasi tiga jenis guna tanah iaitu ladang monokultur, ladang dengan tompok hutan, dan ladang bersebelahan hutan. Sebanyak 2,567 pengesanan bebas diperoleh meliputi 28 spesies. Analisis temporal terhadap 11 taksa tumpuan menunjukkan bahawa spesies nokturnal tegar (contohnya, Malayan civet; ≥0.70) mengekalkan rutin yang sama tanpa mengira konteks landskap. Sebaliknya, spesies umum diurnal (contohnya kera ekor panjang, long-tailed macaque) mempamerkan keanjalan tingkah laku dengan mengubah tempoh aktif berdasarkan jarak kepada hutan. Analisis pertindihan dengan kehadiran manusia menunjukkan kecerunan toleransi yang jelas. Spesies umum (beruk, babi hutan, kijang) menunjukkan persamaan temporal yang tinggi (Δ≥0.60) dengan aktiviti antropogenik pada siang hari, menandakan kewujudan bersama atau penghabituatan. Sebaliknya, karnivor kecil nokturnal dan spesies sensitif (contohnya musang pulut, common palm civet; Δ≤0.27) jelas mengelakkan waktu manusia, dengan mengalih aktiviti sepenuhnya pada waktu malam. Kajian ini merumuskan bahawa gangguan manusia merupakan penapis ekologi utama yang mendorong perubahan temporal dalam taksa mamalia, manakala pengekalan penampan hutan membolehkan penyesuaian tingkah laku serta kewujudan bersama bagi spesies umum.







