Protokol Pensterilan Optimum Thuidium cymbifolium dan Thuidium pristocalyx var. samoanum: Lumut berkualiti tinggi

Authors

  • Athirah Amirah Jabatan Sains Biologi dan Bioteknologi, Fakulti Sains dan Teknologi, Universiti Kebangsaan Malaysia, 43600 Bangi, Selangor, Malaysia
  • Che Radziah Che Mohd Zain Jabatan Sains Biologi dan Bioteknologi, Fakulti Sains dan Teknologi, Universiti Kebangsaan Malaysia, 43600 Bangi, Selangor, Malaysia
  • Nurashikin Kemat Jabatan Teknologi Pertanian, Fakulti Pertanian, Universiti Putra Malaysia, 43400 Serdang, Selangor, Malaysia
  • Nik Norhazrina Herbarium UKMB, Fakulti Sains dan Teknologi, Universiti Kebangsaan Malaysia, 43600 Bangi, Selangor, Malaysia

Keywords:

Bryophyta, konservasi ex-situ, hortikultur lestari

Abstract

Lumut memainkan peranan ekologi kritikal dalam penyerapan air, pengurangan hakisan tanah dan pengawalan banjir serta berfungsi sebagai bioindikator sensitif terhadap perubahan kualiti udara dan air di persekitaran. Namun, permintaan pasaran yang meningkat dalam industri hortikultur terutamanya dalam penghasilan terarium, berpotensi mengancam kelestarian spesies ini memandangkan kadar pertumbuhan semula yang perlahan di habitat asal. Kultur in vitro muncul sebagai strategi efektif bagi pemeliharaan biodiversiti di samping membolehkan pengeluaran lumut pada skala yang besar dalam tempoh singkat tanpa eksploitasi berlebihan sumber semula jadi. Kajian ini memberi tumpuan kepada pengoptimuman protokol pensterilan permukaan eksplan bagi Thuidium cymbifolium (Dozy & Molk.) Dozy & Molk. dan Thuidium pristocalyx var. samoanum (Mitt.) Touw memandangkan kontaminasi merupakan faktor penghalang utama yang sering terjadi dalam kejayaan kultur in vitro. Hasil menunjukkan bahawa protokol optimum bagi T. cymbifolium adalah menggunakan 80% etanol (EtOH) selama 30 saat diikuti 5% sodium hipoklorit (NaOCl) selama 80 saat, manakala bagi T. pristocalyx var. samoanum adalah menggunakan 80% EtOH selama 30 saat diikuti 5% NaOCl selama 120 saat. Kedua-dua protokol pensterilan ini berjaya menghasilkan 100% kultur bersih tanpa kontaminasi selepas 30 hari pengkulturan. Penemuan ini membuktikan bahawa protokol pensterilan yang berbeza diperlukan antara spesies, berkemungkinan disebabkan oleh fungsi lumut sebagai mikrohabitat kepada pelbagai invertebrata yang mana meningkatkan risiko kontaminasi. Selain itu, protokol sterilasi yang optimum ini juga digunakan dalam pengaruhan pucuk dan akar eksplan, seterusnya membuka peluang kepada pembiakan berskala besar. Secara keseluruhan, hasil kajian ini menyumbang kepada pemuliharaan ex-situ serta menawarkan asas saintifik yang kukuh untuk menyokong komersialisasi lestari Thuidiaceae tanpa menjejaskan populasi liar.

Author Biographies

Athirah Amirah, Jabatan Sains Biologi dan Bioteknologi, Fakulti Sains dan Teknologi, Universiti Kebangsaan Malaysia, 43600 Bangi, Selangor, Malaysia

amirahathirah00@gmail.com

Che Radziah Che Mohd Zain, Jabatan Sains Biologi dan Bioteknologi, Fakulti Sains dan Teknologi, Universiti Kebangsaan Malaysia, 43600 Bangi, Selangor, Malaysia

cradziah@ukm.edu.my

Nurashikin Kemat, Jabatan Teknologi Pertanian, Fakulti Pertanian, Universiti Putra Malaysia, 43400 Serdang, Selangor, Malaysia

nurash@upm.edu.my

Nik Norhazrina, Herbarium UKMB, Fakulti Sains dan Teknologi, Universiti Kebangsaan Malaysia, 43600 Bangi, Selangor, Malaysia

riena@ukm.edu.my

Downloads

Published

2026-05-16

How to Cite

Athirah Amirah, Che Radziah Che Mohd Zain, Nurashikin Kemat, & Nik Norhazrina. (2026). Protokol Pensterilan Optimum Thuidium cymbifolium dan Thuidium pristocalyx var. samoanum: Lumut berkualiti tinggi. Semarak Proceedings of Natural and Environmental Sciences, 4(1), 53–58. Retrieved from https://semarakilmu.my/index.php/spnes/article/view/1099

Issue

Section

Articles