Komposisi Flora Hutan Batu Kapur Pada Mikrohabitat di Bukit Kurau, Perak dan Gua Ikan, Kelantan

Authors

  • Nurul Azira Mohd Zamziba Jabatan Sains Biologi dan Bioteknologi, Fakulti Sains dan Teknologi, Universiti Kebangsaan Malaysia, 43600 Bangi, Selangor, Malaysia
  • Siti Noor Syafarehan Mohd Isa Jabatan Sains Biologi dan Bioteknologi, Fakulti Sains dan Teknologi, Universiti Kebangsaan Malaysia, 43600 Bangi, Selangor, Malaysia
  • Shamsul Khamis Pusat Penyelidikan Bukit Fraser, Pusat Pengurusan Makmal dan Alam Semula Jadi (ALAF-UKM), Universiti Kebangsaan Malaysia, 422, 49000 Bukit Fraser, Pahang, Malaysia
  • Rafidah Abdul Rahman Program Biodiversiti Flora, Bahagian Biodiversiti Hutan, Institut Penyelidikan Perhutanan Malaysia, 52109 Kepong, Selangor, Malaysia

Keywords:

Hutan batu kapur, flora, mikrohabitat

Abstract

Hutan batu kapur merupakan salah satu jenis hutan yang terdapat di Semenanjung Malaysia. Kajian komposisi flora pada mikrohabitat berbeza telah berjaya dijalankan di Bukit Kurau, Perak dan Gua Ikan, Kelantan. Pensampelan flora dijalankan pada geomorfologi hutan batu kapur yang memiliki ciri mikrohabitat seperti puncak, lembah, tebing curam, permukaan gua, longgokan jatuhan batu dan dataran aluvium. Plot berukuran 5 m x 5 m telah ditubuhkan pada setiap mikrohabitat berbeza. Sejumlah 187 sampel tumbuhan telah direkodkan di Bukit Kurau manakala, 141 individu direkodkan di Gua Ikan. Spesies Amischotolype griffithii direkodkan dominan di dataran aluvium, Microchirita caliginosa, Monophyllaea hirticalyx dan Monophyllaea horsfieldii di permukaan gua manakala, Begonia kingiana, Hoya coronaria dan Rhynchoglossum obliquum di tebing curam. Bagi longgokan jatuhan batu, spesies yang mendominasi kawasan tersebut ialah Peliosanthes teta var. teta manakala, di lembah terdapat Impatiens glaricola, Alocasia farisii dan Hapaline brownii yang mendominasi kawasan ini. Hasil kajian bagi dua lokasi ini membuktikan komposisi flora amat berbeza pada mikrohabitat hutan batu kapur.

Author Biographies

Nurul Azira Mohd Zamziba, Jabatan Sains Biologi dan Bioteknologi, Fakulti Sains dan Teknologi, Universiti Kebangsaan Malaysia, 43600 Bangi, Selangor, Malaysia

P143280@siswa.ukm.edu.my

Siti Noor Syafarehan Mohd Isa, Jabatan Sains Biologi dan Bioteknologi, Fakulti Sains dan Teknologi, Universiti Kebangsaan Malaysia, 43600 Bangi, Selangor, Malaysia

P143383@siswa.ukm.edu.my

Shamsul Khamis, Pusat Penyelidikan Bukit Fraser, Pusat Pengurusan Makmal dan Alam Semula Jadi (ALAF-UKM), Universiti Kebangsaan Malaysia, 422, 49000 Bukit Fraser, Pahang, Malaysia

shamsulk@ukm.edu.my

Rafidah Abdul Rahman, Program Biodiversiti Flora, Bahagian Biodiversiti Hutan, Institut Penyelidikan Perhutanan Malaysia, 52109 Kepong, Selangor, Malaysia

rafidahar@frim.gov.my

Downloads

Published

2026-05-16

How to Cite

Mohd Zamziba, N. A., Mohd Isa, S. N. S., Khamis, S., & Abdul Rahman, R. (2026). Komposisi Flora Hutan Batu Kapur Pada Mikrohabitat di Bukit Kurau, Perak dan Gua Ikan, Kelantan. Semarak Proceedings of Natural and Environmental Sciences, 4(1), 46–52. Retrieved from https://semarakilmu.my/index.php/spnes/article/view/1098

Issue

Section

Articles