Taburan Flora pada Mikrohabitat Berbeza di Bukit Gua Madu, Kelantan

Authors

  • Siti Noor Syafarehan Mohd Isa Jabatan Sains Biologi dan Bioteknologi, Fakulti Sains dan Teknologi, Universiti Kebangsaan Malaysia, 43600 Bangi, Selangor, Malaysia
  • Nurul Azira Mohd Zamziba Jabatan Sains Biologi dan Bioteknologi, Fakulti Sains dan Teknologi, Universiti Kebangsaan Malaysia, 43600 Bangi, Selangor, Malaysia
  • Shamsul Khamis Pusat Pengurusan Makmal dan Alam Semula Jadi (ALAF-UKM), Universiti Kebangsaan Malaysia, 422, 49000 Bukit Fraser, Pahang, Malaysia
  • Hamdan Omar Program Geoinformasi, Bahagian Perhutanan dan Alam Sekitar, Institut Penyelidikan Perhutanan Malaysia (FRIM), 52109 Kepong, Selangor, Malaysia
  • Norhayati Ahmad Institut Alam Sekitar dan Pembangunan (LESTARI), Universiti Kebangsaan Malaysia, 43600 Bangi, Selangor, Malaysia

Keywords:

Batu kapur, geomorfologi, mikrohabitat

Abstract

Kajian telah dijalankan di Bukit Gua Madu, Kampung Batu Papan, Kelantan. Ia adalah kawasan rekreasi bagi penduduk setempat dan juga pengunjung luar kawasan. Bukit ini dikelaskan sebagai hutan jenis batu kapur dan terletak di pantai timur Semenanjung Malaysia. Persampelan telah dilakukan di beberapa kawasan geomorfologi bukit batu kapur seperti longgokan jatuhan batu, tebing curam, gua dan binaan gua, lembah, dataran aluvium dan puncak. Objektif kajian ini adalah untuk mendokumentasikan kepelbagaian flora mengikut mikrohabitat berbeza di kawasan batu kapur. Plot berukuran 5 m x 5 m (25 m2) dibina di mikrohabitat yang terdapat pada setiap pembentukan geomorfologi bukit. Pemerhatian mikrohabitat dan spesies tumbuhan telah direkodkan. Spesies Streblus ilicifolius, Saraca thaipingensis, Anaxagorea javanica dan Peliosanthes teta var. teta mudah dijumpai di dataran aluvium. Microchirita caliginosa dan Begonia nurii di dinding gua, Gnetum sp. dan Chloranthus sp. di lereng bukit, serta Cycas sp. dan Pandanus irregularis di puncak. Selain itu, Impatiens foxworthyi dan Begonia kingiana direkodkan di atas permukaan batu yang merekah, Epithema sp. pada bongkah batu, manakala Aglaonema sp. di kawasan lembah. Hasil kajian mendapati setiap mikrohabitat batu kapur mempunyai taburan flora yang berlainan, sekali gus memperlihatkan kepentingannya sebagai habitat khusus yang wajar diberi perhatian dalam usaha pemeliharaan kepelbagaian biologi.

 

Author Biographies

Siti Noor Syafarehan Mohd Isa, Jabatan Sains Biologi dan Bioteknologi, Fakulti Sains dan Teknologi, Universiti Kebangsaan Malaysia, 43600 Bangi, Selangor, Malaysia

p143383@siswa.ukm.edu.my

Nurul Azira Mohd Zamziba, Jabatan Sains Biologi dan Bioteknologi, Fakulti Sains dan Teknologi, Universiti Kebangsaan Malaysia, 43600 Bangi, Selangor, Malaysia

p143280@siswa.ukm.edu.my

Shamsul Khamis, Pusat Pengurusan Makmal dan Alam Semula Jadi (ALAF-UKM), Universiti Kebangsaan Malaysia, 422, 49000 Bukit Fraser, Pahang, Malaysia

shamsulk@ukm.edu.my

Hamdan Omar, Program Geoinformasi, Bahagian Perhutanan dan Alam Sekitar, Institut Penyelidikan Perhutanan Malaysia (FRIM), 52109 Kepong, Selangor, Malaysia

hamdanomar@frim.gov.my

Norhayati Ahmad, Institut Alam Sekitar dan Pembangunan (LESTARI), Universiti Kebangsaan Malaysia, 43600 Bangi, Selangor, Malaysia

norhayatiahmad@ukm.edu.my

Downloads

Published

2026-05-16

How to Cite

Mohd Isa, S. N. S., Mohd Zamziba, N. A., Khamis, S., Omar, H., & Ahmad, N. (2026). Taburan Flora pada Mikrohabitat Berbeza di Bukit Gua Madu, Kelantan. Semarak Proceedings of Natural and Environmental Sciences, 4(1), 40–45. Retrieved from https://semarakilmu.my/index.php/spnes/article/view/1097

Issue

Section

Articles