Pembangunan Mampan melalui Ekonomi Kitaran dan Inovasi Hijau: Cabaran, Strategi dan Peluang
Sustainable Development through Circular Economy and Green Innovation: Challenges, Strategies and Opportunities
Keywords:
Ekonomi kitaran, inovasi hijau, pembangunan mampan, cabaran dasar, inovasi teknologi, mekanisme kewangan, penglibatan sosial, transformasi digital, Circular economy, green innovation, sustainable development, policy challenges, technological innovation, financial mechanisms, social engagement, digital transformationAbstract
Minat global yang semakin meningkat terhadap penggunaan sumber secara lestari mencerminkan komitmen yang lebih kukuh terhadap pembangunan mampan. Walau bagaimanapun, kefahaman menyeluruh mengenai hubungan antara inovasi hijau dan ekonomi kitaran masih terhad. Kajian ini mengisi jurang pengetahuan tersebut dengan menganalisis secara kritikal pelbagai cabaran, strategi dan peluang yang dapat memperkukuh pelaksanaan ekonomi kitaran daripada perspektif akademik pelbagai disiplin. Ulasan berskop ini meneliti perkaitan antara ekonomi kitaran dan inovasi hijau sebagai pemangkin utama pembangunan mampan, berdasarkan analisis menyeluruh terhadap 50 kajian berkaitan. Melalui sintesis literatur terkini (2020 – 2025), kajian ini menjelaskan konsep asas serta keserasian kedua-duanya dengan Matlamat Pembangunan Mampan (SDG). Kajian ini turut mengenal pasti pelbagai cabaran yang bersifat multidimensi seperti ketidaksejajaran dasar, kekangan teknologi dan kewangan, serta cabaran norma sosial dan budaya. Seterusnya, artikel ini membincangkan strategi yang telah diambil, termasuk penggunaan dasar dan sokongan perundangan, inovasi teknologi dan model perniagaan, sokongan kewangan, dan penglibatan masyarakat untuk menggalakkan pelaksanaan ekonomi kitaran dan inovasi hijau. Penggunaan teknologi digital dan kecerdasan buatan, aplikasi dalam pelbagai sektor, dan integrasi dengan bioekonomi dilihat membuka peluang baharu untuk memperluas pelaksanaan penyelesaian yang mampan. Kajian ini meneliti pendekatan penyelidikan yang telah digunakan serta mengenal pasti jurang pengetahuan dalam bidang ini. Dapatan kajian mencadangkan keperluan pelaksanaan yang menyeluruh dan melibatkan kerjasama antara pelbagai pemegang taruh. Kajian ini menyerlahkan kepentingan kerjasama merentas bidang dan pendekatan yang tersusun bagi merealisasikan matlamat pembangunan mampan.
The growing global interest in sustainable resource use reflects a stronger commitment to sustainable development. However, a comprehensive understanding of the relationship between green innovation and the circular economy is still limited. This study fills this knowledge gap by critically analyzing the various challenges, strategies, and opportunities that can strengthen the implementation of the circular economy from a multidisciplinary academic perspective. This scoping review examines the relationship between the circular economy and green innovation as key enablers of sustainable development, based on a comprehensive analysis of 50 relevant studies. Through a synthesis of the latest literature (2020 – 2025), this study clarifies the basic concepts and their compatibility with the Sustainable Development Goals (SDGs). The study also identifies various multidimensional challenges such as policy misalignment, technological and financial constraints, and challenges of social and cultural norms. Next, this article discusses the strategies that have been taken, including the use of policy and legal support, technological innovation and business models, financial support, and community engagement to promote the implementation of the circular economy and green innovation. The use of digital technologies and artificial intelligence, applications in various sectors, and integration with the bioeconomy are seen to open up new opportunities to expand the implementation of sustainable solutions. This study examines the research approaches that have been used and identifies knowledge gaps in this field. The findings suggest the need for comprehensive implementation involving collaboration between various stakeholders. The study highlights the importance of cross-disciplinary collaboration and a structured approach to realizing sustainable development goals.
