Tahap Kefasihan Bertutur dalam Bahasa Melayu dalam Kalangan Pelajar Politeknik METrO Kuala Lumpur:Kepentingan Pemerkasaan Dalam Kurikulum
Keywords:
Kefasihan bertutur, komunikasi lisan, Bahasa Melayu, politeknik, pemerkasaan kurikulum, Speaking fluency, oral communication, Malay language, polytechnic education, curriculum enhancementAbstract
Kefasihan bertutur dalam Bahasa Melayu merupakan kemahiran asas penting bagi pelajar politeknik, khususnya bagi memenuhi tuntutan komunikasi di alam pekerjaan. Kajian ini menilai tahap kefasihan bertutur pelajar serta meneroka potensi penambahbaikan kurikulum dalam menyokong kemahiran komunikasi lisan. Seramai 253 orang pelajar dari tiga jabatan akademik di Politeknik METrO Kuala Lumpur telah dipilih secara rawak sebagai responden. Instrumen kajian terdiri daripada soal selidik berstruktur yang merangkumi item skala Likert dan soalan terbuka. Hasil dapatan menunjukkan tahap kefasihan pelajar berada dalam julat sederhana ke tinggi dengan skor min antara 4.10 hingga 4.38. Nilai kebolehpercayaan yang tinggi diperoleh melalui Cronbach’s Alpha iaitu 0.873 bagi kefasihan bertutur dan 0.920 bagi keberkesanan kurikulum, menandakan instrumen mempunyai konsistensi dalaman yang tinggi. Pelajar turut menyatakan keperluan kepada aktiviti pertuturan yang lebih praktikal seperti simulasi temu duga, latihan rakan sebaya, dan penggunaan alat digital. Kajian ini mencadangkan agar pendekatan pengajaran diperkukuh melalui kurikulum yang lebih responsif dan kontekstual. Walaupun hanya dilaksanakan di satu institusi, dapatan kajian ini memberikan gambaran awal tentang keperluan reformasi pengajaran Bahasa Melayu di politeknik bagi melahirkan graduan yang fasih, yakin, dan bersedia untuk berkomunikasi secara efektif dalam dunia sebenar.
Oral fluency in the Malay language is a fundamental skill for polytechnic students, particularly in meeting workplace communication demands. This study assessed students’ level of oral fluency and explored how curriculum enhancements could support the development of communication skills. A total of 253 students from three academic departments at Politeknik METrO Kuala Lumpur were randomly selected as respondents. Data were collected using a structured questionnaire comprising Likert-scale items and open-ended questions. The findings revealed that students’ oral fluency ranged from moderate to high, with mean scores between 4.10 and 4.38. Instrument reliability was confirmed through Cronbach’s Alpha values of 0.873 for speaking fluency and 0.920 for curriculum effectiveness, indicating strong internal consistency. Students indicated a need for more practical speaking opportunities, including interview simulations, peer-based practice, and the integration of digital tools. The study recommends enhancing teaching strategies through a more responsive and contextualised curriculum. While limited to a single institution, the findings provide valuable insights into the need to re-evaluate the teaching of Malay language in Malaysian polytechnics to ensure graduates are fluent, confident, and well-prepared for workplace communication.







