AZOLLA

Modul Pembangunan Kemahiran & Keusahawanan Aras Rendah PPKI

Authors

  • PAUZIAH MUHAMAD
  • HAFIZAH FARHAH
  • HAIRUL LAIL ISMAIL
  • MARIAM FIRDAUS MAD NORDIN
  • NUR AYUNI SAMSUL BAHRI
  • ABD. MUTTALIB SAMAD
  • SHAZA EVA MOHAMAD
  • VIKNESHVARAN TANABALAM
  • SITI NORASIKIN SHARIP
  • FATIN SYAHIRAH OTHMAN
  • NABILAH ZAINI

Abstract

Buku modul ini diterbitkan hasil sokongan geran Program Pemindahan Ilmu, Malaysia Research University Network (KTP MRUN) di bawah Projek Penanaman Azolla dan Penternakan Mampan: Inisiatif Lestari Pemerkasaan Potensi dan Ekonomi Komuniti Pelajar Sekolah Kurang Upaya PPKI SMK Dusun Nanding. Ia merupakan penerbitan kedua yang menyusuli naskhah cetakan pertama bertajuk Pertanian Azolla dan Komuniti. Naskhah ini direka khusus sebagai bahan rujukan berkonsepkan visual dan berpandukan arahan ringkas bagi menyokong proses pembelajaran murid-murid Program Pendidikan Khas Integrasi (PPKI) khusus untuk pembelajaran tahap rendah. Ia bermatlamat menjadikan penerokaan ilmu pertanian sebagai suatu aktiviti amali yang menyeronokkan dan mudah difahami. Kandungan buku ini merangkumi keseluruhan ekosistem projek secara berperingkat. Murid-murid akan dibimbing bermula daripada asas penanaman Azolla, penjagaan ikan hiasan melalui inovasi Azolla Recirculating Aquaculture System (ARAS) yang telah didaftarkan perlindungan hak cipta Harta Intelek (No. Pendaftaran: CRLY2026E01246), proses pembuatan pelet makanan ikan, sehinggalah kepada asas keusahawanan. Oleh itu, modul ini bertindak sebagai panduan praktikal untuk membina keyakinan diri, melatih kemahiran psikomotor, dan memupuk asas kemandirian ekonomi buat anak-anak istimewa ini. Setinggi-tinggi penghargaan diucapkan kepada barisan warga pendidik SMK Dusun Nanding serta semua pihak yang komited dalam menjayakan inisiatif lestari ini.

Downloads

Published

2026-07-27

Issue

Section

BOOKS