M-SSTLE: Modul Pendidikan Sosial, Sensori, Tingkah Laku dan Emosi untuk Menyokong Pendidikan Inklusif Murid Berkeperluan Pendidikan Khas
M-SSTLE: A Social, Sensory, Behavioural and Emotional Education Module to Support Inclusive Education for Children with Special Educational Needs
Keywords:
Pendidikan Inklusif, Murid Berkeperluan Pendidikan Khas, Intervensi, Integrasi M-SSTLE, Inclusive Education, Children with Special Educational Needs, Intervention, IntegrationAbstract
Kajian ini membentangkan pembangunan dan keberkesanan Modul Rancangan Pendidikan Sosial, Sensori, Tingkah Laku dan Emosi (M-SSTLE) yang dibangunkan khusus untuk Murid Berkeperluan Pendidikan Khas (MBPK) dalam program pendidikan inklusif. Modul ini menumpukan perhatian kepada fasa perkembangan kritikal kanak-kanak berumur 3 hingga 8 tahun, iaitu tempoh penting yang mempengaruhi pembentukan kemahiran sosial, emosi, sensori dan tingkah laku. Objektif utama kajian adalah untuk meneroka potensi M-SSTLE sebagai alat intervensi yang menyokong kemahiran bukan akademik MBPK, di samping memperkukuh pelaksanaan dasar pendidikan inklusif. Kajian ini menggunakan metodologi penyelidikan kualitatif melalui temu bual mendalam bersama pendidik dan ibu bapa serta pemerhatian bilik darjah. Data yang diperoleh dianalisis untuk menilai pengalaman, pandangan dan kesan praktikal pelaksanaan modul terhadap MBPK. Hasil kajian menunjukkan peningkatan ketara dalam interaksi sosial, keupayaan regulasi emosi serta pengurusan respons sensori. Selain itu, modul ini dilaporkan dapat membantu pendidik dalam merangka strategi lebih sistematik untuk menyokong tingkah laku dan emosi murid. Kesimpulannya, dapatan ini menegaskan bahawa M-SSTLE berpotensi menjadi satu intervensi pendidikan yang fleksibel, relevan dan mudah diadaptasi dalam konteks sekolah arus perdana. Modul ini bukan sahaja menyumbang kepada perkembangan holistik MBPK, malah turut memperkukuh integrasi mereka secara efektif dalam masyarakat. Kajian ini seterusnya membuka ruang untuk pembangunan modul lanjutan yang dapat disesuaikan dengan pelbagai keperluan pendidikan inklusif.
This study presents the development and effectiveness of the Social, Sensory, Behavioural, and Emotional Education Module (M-SSTLE), specifically designed for Children with Special Educational Needs (CSEN) in inclusive education programs. The module focuses on the critical developmental phase of children aged 3 to 8 years, which is a crucial period influencing the formation of social, emotional, sensory and behavioural skills. The primary objective of this study is to explore the potential of M-SSTLE as an intervention tool that supports the non-academic skills of CSEN while strengthening the implementation of inclusive education policies. A qualitative research methodology was employed, involving in-depth interviews with educators and parents, as well as classroom observations. The data were analysed to evaluate experiences, perceptions and the practical implications of the module’s implementation for CSEN. The findings revealed significant improvements in social interaction, emotional regulation, and sensory response management. In addition, the module was reported to assist educators in designing more systematic strategies to support students’ behavioural and emotional needs. In conclusion, the findings affirm that M-SSTLE has strong potential as a flexible, relevant and easily adaptable educational intervention within mainstream school contexts. The module not only contributes to the holistic development of CSEN but also strengthens their effective integration into society. Furthermore, this study highlights opportunities for the development of extended modules that can be tailored to diverse inclusive education needs.








