Nomofobia dalam Kalangan Pelajar Jabatan Teknologi Maklumat dan Komunikasi, Politeknik Sultan Idris Shah
Nomophobia among Students of The Department of Information Technology and Communication, Sultan Idris Shah Polytechnic
Keywords:
Nomofobia, telefon pintar, kesihatan mental, hubungan sosial, prestasi akademik, Nomophobia, smartphone, mental health, social relationships, academic performanceAbstract
Perkembangan teknologi komunikasi telah membawa kepada peningkatan kebergantungan terhadap telefon pintar, terutamanya dalam kalangan pelajar institusi pengajian tinggi. Fenomena ini mendorong kepada isu nomofobia, iaitu ketakutan atau keresahan apabila tidak dapat mengakses telefon pintar. Kajian ini dijalankan bertujuan untuk mengenal pasti tahap penggantungan terhadap telefon pintar, menilai kesan nomofobia terhadap pembelajaran, kesihatan mental dan hubungan sosial, serta menganalisis hubungan antara tempoh penggunaan telefon dengan tahap nomofobia dalam kalangan pelajar Jabatan Teknologi Maklumat dan Komunikasi (JTMK) di Politeknik Sultan Idris Shah (PSIS). Kajian ini menggunakan reka bentuk kuantitatif berbentuk tinjauan deskriptif dengan kaedah persampelan bertujuan. Instrumen kajian adalah soal selidik berstruktur berasaskan skala Likert lima mata yang diuji kebolehpercayaannya melalui analisis Cronbach’s Alpha. Analisis data dilakukan menggunakan statistik deskriptif dan inferensi, termasuk ujian Korelasi Pearson. Hasil kajian menunjukkan bahawa tahap penggantungan terhadap telefon pintar berada pada tahap sederhana. Kesan nomofobia terhadap kesihatan mental dan hubungan sosial juga berada pada tahap sederhana, manakala kesannya terhadap aspek pembelajaran dan kesihatan fizikal adalah rendah dan terkawal. Dapatan turut menunjukkan tiada hubungan yang signifikan antara tempoh penggunaan telefon pintar dalam sehari dengan tahap nomofobia. Kesimpulannya, isu nomofobia dalam kalangan pelajar adalah sederhana dan dipengaruhi oleh faktor selain daripada tempoh penggunaan, seperti kebergantungan emosi dan tujuan penggunaan. Kajian ini mencadangkan intervensi berbentuk literasi digital dan kajian lanjutan bersifat kualitatif bagi memahami isu ini secara lebih mendalam.
The advancement of communication technology has led to an increasing dependency on smartphones, particularly among students in higher education institutions. This phenomenon has given rise to the issue of nomophobia, which refers to the fear or anxiety experienced when unable to access a smartphone. This study aims to identify the level of smartphone dependency, assess the effects of nomophobia on learning, mental health, and social relationships, and analyze the relationship between the duration of smartphone use and the level of nomophobia among students of the Department of Information Technology and Communication (JTMK) at Politeknik Sultan Idris Shah (PSIS). This research employed a quantitative descriptive survey design using purposive sampling. The research instrument was a structured questionnaire based on a five-point Likert scale, tested for reliability using Cronbach’s Alpha analysis. Data were analyzed using descriptive and inferential statistics, including Pearson’s Correlation test. The findings revealed that the level of smartphone dependency was moderate. The effects of nomophobia on mental health and social relationships were also at a moderate level, while its impact on learning and physical health was low and manageable. The results also indicated no significant relationship between the daily duration of smartphone use and the level of nomophobia. In conclusion, the issue of nomophobia among students was found to be moderate and influenced by factors other than usage duration, such as emotional dependency and purpose of use. The study suggests implementing digital literacy interventions and conducting further qualitative research to gain deeper insights into this issue.








